YuP

Cahaya

July 28, 2016

Salam Eidul Fitri - Raya Ke 4 Bersama Keluarga Tercinta




Assalamualaikum w.b.t


Owh ye i masih bermood raya lagi. Kalo nak tau setiap hari i tengok wassap dan email daripada kawan-kawan, mana la tau kot-kot ada owang nak ajak datang umah terbuka mereka kan. Hehehehe. Okey la nak cerita suasana hari raya i bersama-sama keluarga tercinta. Sebelum menjelang hari raya, i decide nak balik ke kampung i di Kuala Pilah. Since kami dah ada rumah ke dua di kampung, jadi haruslah bergotong royong untuk membuat persiapan raya nanti. Sebab raya pertama tahun ini di kampung encik suami.












Follow manager raya tahun ini adalah kakngah i so dia decide nak cuba buat ketupat dan lemang sendiri. I nie setuju jer. Nak dapat pengalaman pertama kali buat ketupat dan lemang sendiri bukan senang. Masing-masing dah sibuk beli daging, santan, ayam dan macam-macam lagi. Owh, kuih raya masing-masing beli aje kecuali kakngah i. Rajin kakngah i buat kuih mazola, sempirit la dan biskut chip. I beli hajo tak mampu la nak buat sebab mood nak buat biskut raya tue takde lagi.

















Kebetulan i balik pun dah malam raya ketiga, so raya ketiga tue pun masing-masing dah rushing balik umah keluarga mentua diaorang. Jadinya raya keempat tue pun parent i dah nak balik sebab takut ari ahad tue akan jem teruk. Al maklum la mggu depan tue dah start udak masuk skola. Mana yang sempat jer la i beraya umah sanak saudara di kampung. Sambung beraya la pulak dekat umah sanak saudara di KL.






   







July 22, 2016

Salam Eidul Fitri - Raya Ke 3 Di Rumah Keluarga Mentua





Assalamualaikum w.b.t




Dah masuk raya ke bepa baru rasa diri ini nak update raya. Raya kali ini paling banyak tempat i berkunjung. Terima kasih la kepada semua yang sudi menjemput i ke rumah terbuka kowang. Berkaitan dengan hari raya ke 3 aritue i masih lagi beraya di rumah keluarga mentua so lewat petang baru bertolak alik ke Kuala Pilah, N9. 


Episod kali ini just beraya di rumah jiran-jiran jer. Dah penat beraya baru lah bersiap balik ke rumah kuarga i. Masa ini uqayla takde sebab dah tido, jadi tinggalkan dia dengan MIL jer.



















July 19, 2016

Salam Eidul Fitri - Raya Ke 2 Bersama Keluarga Mentua



Assalamualaikum w.b.t





Raya kedua masih lagi beraya di rumah keluarga mentua. So raya kedua baru kami pergi beraya di kampung keluarga suami iaitu di Muar, Johor. Tue pun dah pukul 1 lebih baru boleh keluar beraya sebab pagi tue ada jiran-jiran keluarga suami yang datang. Sampai ke malam jugak la kami beraya. Rasa cam tak puas jer beraya..kihkihkih.














Tengok gelagat adik, berusaha untuk memboloskan diri daripada halangan husband. Bangun tido terus nak kuar. Nasib baik la akak wawa ada tolong temankan uqayla main kat luar.














Bila masing-masing dah keluar tue, baru i teringat nak tangkap gambar bersama-sama dengan anak-anak. Owh yer kalo kowang perasan setiap kali raya mesti gambar raya i berlatar belakangkan kebun pokok getah. Hahahaha...ok nie memang tempat port i rasa paling ohsem kalo nak tangkap gambar. Balik-balik ladang sawah jer kan. Tapi kuarga i pelik sikit bergambar di kebun pokok getah. Dah jadi tradisi dari zaman i memula kahwin dengan muzli, dapat umairah sampai la dapat uqayla.

















Jangan lupa sesi bergambar bersama-sama keluarga tercinta. Masa bergambar ini memang banyak cabaran sikit sebab nak kena arrange anak-anak yang memang takde bepa mood nak bergambar. Terutama anak bujang i. Ya Allah memang jenuh nak pujuk die bergambar. Dah banyak cara suwuh die pandang kamera tak gak pandang. Last-last gambar ini yang dapat ditangkap. Kononnya ala-ala candid la..kihkihkih.











: ok aksi nie jer yang die nak sangat buat is menoreh getah








Ok gambar candid bersama-sama kuarga mentua cuma yang takde abang dan akak ipar i. Sebab mereka dah pulang balik ke Perak.









: uqayla dengan uwais dah wat hal masing-masing






p/s: sambungan - membuat persiapan raya di kampung i di Kuala Pilah, Negeri Sembilan