YuP

Cahaya

February 11, 2010

cLEAn..

Seharian i mencari ruang untuk bersenang-lenang. Maka ia datang walaupun tanpa dijemput. Itulah ia kesusahan. Pelbagai reaksi dan juga usaha dilakukan akhirnya dapat juga i SEMPURNA kan. Otak tidak lagi kusut, Jiwa tidak lagi memberontak, Kepala tidak lagi runsing dan Hati bersih dari segala kotoran. Akhirnya dapatlah disimpulkan bahawa segala kerja yang tertangguh dapat juga disempurnakan. Meja?...CLEAN





Posted by ME.

February 8, 2010

Memories :)

Teringat mula-mula kami bercinta, masing-masing saling berpandangan pertama kali dipertemukan. Hendak bertanya malu tapi ku beranikan diri untuk bertanya. Rupa-rupanya si dia adalah kawan lama..erm...bukan tapi kekasih lama. Masing-masing membisu dan saling mencari idea untuk meneruskan perbualan. Kelakar. Mahunya tidak dia hanya senyum sahaja semenjak kami bertemu. Hairan. Mungkin masing-masing masih tidak percaya kami dapat berjumpa semula dari darjah 2 sehingga sekarang baru kami bertemu. Mungkin ada perubahan dari segi penampilan dia. Makin matang dan hensem. Masing-masing bagai menaruh hati dan hati mungkin bertaut kembali. Tapi...Pertemuan kami hanya itu sahaja. Tiada pertukaran nombor atau alamat tempat tinggal. Hanya lah bertanya khabar sahaja. Kenapa?.......Dia bahagia sekarang bersama isteri dan anak yang tercinta. Aku?.... :}

February 5, 2010

Mee BanDung Sireh Junjung

Mesti ramai yang terkejut kenapa i pilih tajuk MEE BANDUNG SIREH JUNJUNG. Firstly once kitaorang dengar dari abang wan pun ingat dia nak ajak kitaorang makan mee bandung kat pagoh. Rupa-rupanya nama blognya mee bandung sireh junjung..hehehe..apa-apa pun thanks pada abang wan sebab shoot gambar yang paling cantik sekali..walaupun rupa kami dah tahap penat dan mood nak tangkap gambar pun dah tak ader...terimas sekali lagi. 


February 4, 2010

KeAbaDian CinTa By Me

Wahhh...sudah berstatus saya sebagai isteri orang. apa-apa pun ku panjatkan syukur Alhamdulilah di atas keredhaan dan limpahan rahmat dari Allah S.W.t atas izinnya. Pelbagai perkara yang berlikar di onak fikiranku. Thanks Hubie coz sudi terima i sebagai u punya pasangan. Semoga kiter dapat melayari bahtera perkahwinan dengan penuh bahagia dan kesabaran. Kadang-kadang kehidupan rumah tangga tidak semestinya bahagia dan sentiasa terkawal. Insyaallah sama-sama doakan kebahagiaan rumah tangga kami bahagia hingga ke akhir hayat n dikurniakan anak, cucu dan oneng-oneng. Actually i tak berapa tahu perkataan synonym yang selalu diaorang panggil atau sebutkan. Kepada rakan-rakan yang i tidak sempat jemput ke majlis perkahwinan saya dengan pasangan minta maaf banyak-banyak oleh kerana suasana yang kelam kabut serta proses persiapan kad kahwin i pun lambat jadi ramai la kenalan-kenalan yang tidak sempat dijemput. Kepada saudara-mara n my big boss Dato' Mohd Yassin (KSU Kementerian Belia dan Sukan) thanks for the coming my wedding n to all my friend. Wishing i a happy marriage and hoping that i live together with be rich in joy and love.